Isnin, 21 November 2011

Keselamatan Dari Terkena Kejutan Elektrik

KESELAMATAN ELEKTRIK -
1. Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah keselamatan adalah penting. Ini adalah kerana nisbah kematian terhadap kecederaan adalah tinggi dalam kemalangan elektrik berbanding kemalangan dalam kategori lain. Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang serius.

2. KESELAMATAN ELEKTRIK Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah: Kejutan elektrik (electric shock) - Akibat drpd. pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang yang menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak normal. Tisu badan terbakar (electrical burns) - akibat drpd. pemanasan arus elektrik yang berlebihan. Kebakaran elektrik (elecrical fires) - akibat drpd. pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar.
3. Punca-punca kemalangan elektrik berlaku : Punca-punca semulajadi - kilat - banjir - gempa bumi Punca-punca drpd tindakan manusia - kerosakan alat-alat atau perkakasan elektrik pd pendawaian yg menyebabkan kebocoran elektrik - kekurangan pembumian dan berlaku arus bocor - kekurangan pelindung arus berlebihan seperti fius atau pemutus litar.

KESELAMATAN ELEKTRIK
4.  Kelalaian manusia - pemasangan wayar yang salah - kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik - pendawaian tambahan tanpa kebenaran - kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak - membuat modifikasi pd alat-alat elektrik Kegagalan utk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik. Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam membaikpulih dan menguji peralatan .

KESELAMATAN ELEKTRIK
5. Kaedah-kaedah pencegahan kemalangan elektrik - 3 jenis perlindungan yang mesti di buat pd. Semua pemasangan litar elektrik. a. Perlindungan terhadap kejutan elektrik b. Perlindungan terhadap kesan pemanasan c. Perlindungan terhadap lebihan arus Perlindungan terhadap kejutan elektrik Perlindungan drpd sentuhan terus - sentuhan terus ialah sentuhan manusia atau haiwan dengan punca hidup pd. satu pemasangan.
KESELAMATAN ELEKTRIK
Untuk perlindungan drpd sentuhan terus salah satu cara berikut boleh digunakan : i. Penebatan bahagian hidup - semua bahagian hidup pd. pemasangan elektrik mesti mempunyai salutan penebat yang mampu menahan tekanan/pemanasan secara elektrikal, mekanikal atau tindakbalas kimia yang dikenakan terhadapnya. ii. Penyekat atau penutup - semua bhgn hidup mesti di letakkan di dlm penyekat/penghadang/penutup yang diikat kuat supaya dpt. Bertahan sepanjang tempoh perkhidmatan. Ia hanya boleh dibuka atau di tanggalkan dengan kunci atau pemulas skru. Contohnya konduit, sesalur dan peti berpenebat.

KESELAMATAN ELEKTRIK
Halangan/Pagar - Halangan/pagar yg dibina utk.melindungi bahagian hidup mestilah tidak boleh dibuka dengan mudah dan pengguna tidak boleh menyentuh bahagian2 hidup. Hanya orang yang mahir dan dipertanggungjawabkan sahaja boleh memasuki kawasan tersebut. Letak bah.hidup di tempat tinggi. - bahagian hidup yg terdedah di kawasan awam mestilah diletakkan ditempat tinggi dan tidak boleh di capai tangan. Jarak minimum mestilah tidak kurang 2.5 m. Peraturan ini di amalkan bagi talian rentang dan pendawaian antara bangunan.

KESELAMATAN ELEKTRIK
Perlindungan drpd sentuhan tidak terus - sentuhan tidak terus adalah sentuhan manusia atau haiwan dibhgn yang telah menjadi hidup di sebabkan arus bocor ke bumi. Contoh rangka logam yang telah menjadi hidup akibat kerosakan penebat pada alatan tersebut. Antara cara perlindungan drpd. sentuhan tidak terus adalah seperti berikut: i. Memastikan peranti perlindungan arus lebihan atau pemutus litararus baki mestilah boleh memutuskan litar secara otomatik apabila berlaku arus bocor ke bumi ii. Memastikan alat mudahalih yg disambung pd soket alir keluar tidak digunakan secara berterusan.

KESELAMATAN ELEKTRIK
Memastikan kabel mudah lentur yg digunakan pd alat mudah alih tidak di tarik ke merata tempat kerana ini boleh merosakkan penebat kabel. Pastikan anda dapat membebaskan diri dgn mudah drpd terus memegang alat pegun yang rosak dan arus bocor ke bumi berlaku.

Tiada ulasan: